Blogger Backgrounds

Sunday, March 31

Sabarlah hati.

Mulanya lain. Gelak sana, gelak sini. 
Sweet sana, sweet sini.
Happy sana, happy sini.
Hey, we were having fun together. 
During the day, at night, all i think is you.
You. You. Yes you, Akmal.

Tapi. Tapi, tapi, tapi.
Kenapa eh kena ada 'tapi'?
Bukannya aku tak ingat tarikh keramat kami.
Sentiasa terhadam dalam usus peranakan.
Sehingga sekarang kot. It's 15hb March 2o13.
Keramat tak keramat tarikh tu?
Not so special to you, but meant so much to me.

Entah. Aku taktahu kenapa aku paranoid sangat.
Dulu tak macamni lah. Serious aku tak macamni.
Tapi sekarang ni Akmal asyik cakap aku paranoid jeh.
Like hello, dia taktahu keeeeee aku paranoid kenapa?
Sebabnya kenapa? Mana pernah nak tanya kan. Mana pernah nak ambil tahu kan.
Kelu lah.

Aku paranoid sebab aku sayang kau, cinta kau, hormat kau, nak kau.
Tapi sayang, dia taknampak semua tu.
*Ketawakan diri sendiri*
Kau bukannya paranoid jeh. 
Kau bodoh Adyn, kau loser Adyn, kau lembap Adyn.
Wahhhhhhhhhhhh, cukup pakej. What a dummy girl.

Kenapa aku macamni?
Sebab aku sunyi, aku takde sesiapa.
Aku cuba untuk setia, tak layan mana-mana lelaki.
Even kawan sendiri pun aku hadkan pergaulan kami.
Tapi bila aku jadi setia macamni.
Dia ignore aku, dia tinggal aku, dia pergi dengan hidup dia.
Hidup dia? Opcos. Tidur, Naruto, dan Dota.
Aku? Taklah. Aku takpernah wujud pun dalam kamus hidup dia.
Jadi aku memang tak akan tersenarai dalam diari hidup dia.
Never. And I guess I won't. Tak layak.

Keeeee aku yang terlampau mengongkong?
Mungkin. Tapi it's normal for a girl who love her boyfriend so much.
So so much. Like seriously damn much. Dumb me.

Just follow the flow, ikut arah ombak.
Just like he said, kalau ada jodoh, bahagialah kami, kalau ada tsunami, berpecahlah kami.
Hati tak tenteram. Tak pernah tenteram pun. 





Friday, March 29

A summer with you.

Hey dear boyfie, this song is dedicated to you. Mind to check those lyrics baby?

http://www.youtube.com/watch?v=bgCq71Koxyo

Haha. Okay I'm shy. Just goodnight. Out <3

Thursday, March 7

Khamis dah keeeee?

*bukak tab gugel*
*loading...*
*loading...*
*loading...*

Tahu tak? Tahu tak? Tahu? Haa, harini dah 7hb. Which is mean, hanya berbaki tiga hari saja lagi.
Hey, boleh paham tak lagi tiga hari? Tiga hari!
LAGI TIGA HARI! Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh.

Cuti mid term ni adalah salah satu cuti yang paling aku rasa macam putus hawa nafsu nak balik kolej. Hm, okay, tiap kali balik cuti pun mesti dan harus rasa macamtu.
Hey, tapi pahamlah benda tak sempat nak rasa.
Punggung tak sempat nak naik bisul lepak atas sofa kegemaran.
Perut pulak, hm, tak sempat nak sumbat dengan masakan mama.
Satu kampung pun tak sempat nak tawaf lagi.
Kentut bau kentut bau, dah kena masuk kolej dahhhhhhhhh?
Oh meng! Kennot go!

Homesick tu tidak. Sebab aku pun dah berkecimpung dalam bidang perhostelan agak lama.
Lebih tak kurang lima tahun jugaklah. Ahh tapi tu dalam satu negeri.
Tahu. Memang tak jauh pun. Kuantan tu jeh pun.
Sedekat-dekat ya amat Kuantan tu pun, naik bas dari sini lapan jam jugak durasi perjalanan tu haa.
Eh taklah, lapan jam tu kejap jeh.
Ahh tolonglah, sape jeh yang suka naik bas? Dahlah lama. Duduk pulak tepi pelbagai jenis makhluk pulak tu. Ada yang macamtu, ada yang macamni. Haa, yang macam-macam pun ada jugak k.

Assignments masih berlambak. Naik cuti pulak nanti, pelbagai test menanti.
Satu apa pun aku tak hadam lagi ni tahu. Apa nak jawab nanti pun taktahu.
Tapi yang tu aku takdelah nak risau sangat.
Sebab, well, gaya kami budak sebilik jenis yang suka buat kerja, bahkan hadam fakta pun kami buat pada minit-minit terakhir. Wehh, formula berkesan tu kot.
Kalau hadap buku, hapal awal-awal, ahhhh confirm senang lupa.
Nanti nak jawab, adalah "eh, eh, aku dah baca ni. ayat depan dia ingat, pernah baca. yang belakang tu apaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ek? err er er er er ........" Last-last tinggal kosong.
Haa, jadilah macam kami. Baca pada minit terakhir perlawanan.
Kalau test pukul 8pagi macamtu, bangunlah awal sikit, dalam pukul 630pagi ke baru belek buku.
Betul jadi, believe me, jadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii gila.
Ehh haruslah gila. Kalau lima topik keluar test, takan kau nak telan, mamah lima topik dalam satu jam setengah? Ah gila kau, nak mati muda keeeee gara-gara otak pecah berpeleseran berterabur euw.

Jadi, nak taknak, nak kena baca jugak, nak kena habiskan jugak dalam cuti yang berbaki tiga hari jeh lagi ni.
Ohh menatang gugel ni pun lembap gila loading, saja nak bagi aku lagha, saja tak bagi aku siapkan esemen pasal tuntutan fasakh ni kan? Hm.

*tengok tab untuk gugel tadi*
*About 164,000 results (0.18 seconds)*
Haa dah, dah habis loading. Back to jiwa berserabut siapkan esemen. Till next time. Out.

Monday, March 4

D.U.G.A.A.N

Bertemankan ceghita Lost In Love di telebisen bersegi empat.
Berlatarkan suara-suara bingit dari bilik sebelah, kononnya sedang menelaah permainan Kizi.
Ber-riwayatkan sisa baki battery laptop yang hanya tinggal 24%, 47 minit.
Dan, dan, dan sedang cuba menyusun kembali plot-plot menarik yang berlalu sepanjang cuti pertengahan semester yang baru bermula 1hb 3 yang lalu.

Banyak, ye sangat banyak tragedi demi tragedi yang berlaku this few days.
Baik suka, mahupun duka. Terlampau banyak. Okay, akan aku catitkan disini. Tapi rasanya, bukan di entry ini. I will post it later. Got to go to somewhere. Out.